PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
Kod Sekolah
:
YBA9203
Nama Sekolah
:
SK Ulu Kakus
Alamat Sekolah
:
Kampung Data Kakus, Sungai Buruk, Ulu Kakus, 
97200 Tatau, Sarawak.
Alamat Surat Menyurat
:
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Tatau,     
Jalan Kampung Dagang, 97200 Tatau, Sarawak.
Jenis Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan
Gred Sekolah
:
A
Peringkat Sekolah
:
Prasekolah dan Rendah
Sesi Persekolahan
:
Pagi
TarikhTubuh
:
01/01/1989
Alamat E-mel
:
yba9203.skuk@gmail.com
Laman Web Sekolah
:
http://skulukakus.blogspot.com
Jumlah Guru
:
16 orang
Jumlah Staf Sokongan
:
10 orang
Jumlah Murid
:
143 orang (setakat pada 30 November 2016)


LENCANA SEKOLAH

Berikut adalah pengertian lencana sekolah:
WARNA HIJAU
Menggambarkan suasana harmoni di kalangan murid dan kakitangan sekolah dalam menghadapi segala kesukaran serta kesulitan menimba ilmu dan bertugas di kawasan pedalaman.

WARNA KUNING
Melambangkan kesetiaan dan ketaatan warga sekolah kepada agama, bangsa, raja dan negara.

WARNA MERAH
Menggambarkan semangat juang para murid dan guru untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan bagi mengharumkan nama sekolah.

TIGA GELUNG BERSAMBUNG
Menggambarkan hubungan dan kerjasama yang erat di antara murid, guru dan ibu bapa.

BUKU
Menunjukkan keazaman murid untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang pendidikan.

OBOR
Melambangkan penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti ko-kurikulum.



LAGU SEKOLAH

"GEMILANG SKUK"

Gemilang sekolah tercinta
Mendidik, membimbing anak bangsa
Berilmu dan beriltizam
Lahirlah jiwa harapan

SK Ulu Kakus tercinta
Marilah kita semua
Bersama bergandingan, mendukung visi sekolah
Demi sekolahku gemilang

Pendidikmu berbilang bangsa 
Lahirkan anak jati wawasan
Bersatu mendukung cita-cita 
Menuju kegemilang abadi


Skor Lagu Sekolah - Gemilang SKUK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...