Program Antidadah Peringkat Sekolah
Tahun 2020 telah dilancarkan pada 12 Mac 2020 oleh Encik Reginald Iggan
Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan telah dijayakan oleh semua guru dan PKP SK Ulu Kakus. Tema program antidadah pada tahun ini adalah "Kemakmuran dan
Kesejahteraan Bersama".
Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh
semua guru dan PKP SK Ulu Kakus, AJK PIBG SK Ulu Kakus dan semua murid
sekolah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Program Antidadah Peringkat Sekolah. Pada 11 Mac 2020, pihak sekolah telah mengadakan acara larian 100 meter bagi setiap kelas dan pertandingan tarik tali antara rumah sukan. Pada 12 Mac 2020, semua murid prasekolah dan Tahap 1 telah terlibat dalam pertandingan mewarna poster manakala semua murid Tahap 2 telah mengikuti pertandingan melukis poster antidadah.
|
Buku program Majlis Pelancaran Program Antidadah Peringkat Sekolah |
|
Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan oleh Cikgu Gabriel |
|
Ucapan Perasmian oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus |
|
Tayangan Video Antidadah |
|
Bacaan Ikrar Antidadah, diketuai oleh Pires Ballang Ricky |
|
Murid-murid prasekolah turut terlibat dalam pertandingan mewarna |
|
Pertandingan mewarna poster antidadah untuk prasekolah dan Tahap 1 |
|
Pertandingan melukis poster untuk Tahap 2 |
|
Para hakim memilih 5 poster terbaik bagi setiap kelas (Tahap 2) |
|
Penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Encik Kebing Lajung |
|
Pemenang pertandingan mewarna kategori prasekolah |