Jumaat, 25 Mei 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Mei 2018, bertempat di Dewan Makan SK Ulu Kakus. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan AKP sekolah.

Sempena sambutan Hari Guru pada kali ini, pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SK Ulu Kakus. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah persembahan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara, persembahan murid-murid dan persembahan tarian poco-poco oleh semua guru.

Pada sebelah malam, warga SK Ulu Kakus telah mengadakan aktiviti makan bersama sempena Hari Guru, pra Gawai dan pra Kebana. 

Persembahan Nyanyian daripada Kelab Muzik dan Seni Suara


Ucapan Perasmian oleh Encik Kebing Lajung, PK Pentadbiran



Bacaan Teks Perutusan Majlis Sambutan Hari Guru  Peringkat Kebangsaan KPPM
oleh Encik Kenly Macdonald Anak Atong

Sesi memotong 'kek' Hari Guru oleh warga pendidik SKUK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...