Khamis, 12 Mac 2020

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020

Program Antidadah Peringkat Sekolah Tahun 2020 telah dilancarkan pada 12 Mac 2020 oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan telah dijayakan oleh semua guru dan PKP SK Ulu Kakus. Tema program antidadah pada tahun ini adalah "Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama". 

Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh semua guru dan PKP SK Ulu Kakus, AJK PIBG SK Ulu Kakus dan semua murid sekolah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Program Antidadah Peringkat Sekolah. Pada 11 Mac 2020,  pihak sekolah telah mengadakan acara larian 100 meter bagi setiap kelas dan pertandingan tarik tali antara rumah sukan. Pada 12 Mac 2020, semua murid prasekolah dan Tahap 1 telah terlibat dalam pertandingan mewarna poster manakala semua murid Tahap 2 telah mengikuti pertandingan melukis poster antidadah.
Buku program Majlis Pelancaran Program Antidadah Peringkat Sekolah

Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan oleh Cikgu Gabriel

Ucapan Perasmian oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus

Tayangan Video Antidadah

Bacaan Ikrar Antidadah, diketuai oleh Pires Ballang Ricky

Murid-murid prasekolah turut terlibat dalam pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna poster antidadah untuk prasekolah dan Tahap 1

Pertandingan melukis poster untuk Tahap 2

Para hakim memilih 5 poster terbaik bagi setiap kelas (Tahap 2)

Penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Encik Kebing Lajung

Pemenang pertandingan mewarna kategori prasekolah

Isnin, 9 Mac 2020

PROGRAM 3K : PEMBAIKPULIHAN KEPALA PAIP DAN KERUSI MURID

Program 3K telah dilaksanakan pada 9 Mac 2020. Berikut adalah skop kerja yang telah dilaksanakan oleh warga sekolah.
  • Pembaikpulihan kepala paip tandas Asrama Puteri dan Asrama Putera
  • Pembaikpulihan kerusi murid
Pembahagian kerja oleh Cikgu Osa Ingkung, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Membaiki kepala paip Asrama Puteri
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Aktiviti membaiki kerusi murid
Membaik pulih kerusi murid prasekolah

Rabu, 26 Februari 2020

TAKLIMAT PEMANTAPAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ULU KAKUS 2020

Nama LDP
:
Taklimat Pemantapan Pengurusan Kokurikulum SK Ulu Kakus 2020
Tempat
:
Dewan Makan SK Ulu Kakus
Tarikh
:
26 Februari 2020
Penceramah
:
Encik Jawa Tusau & Puan Mem Laring
Bil. Peserta

Slot Bengkel
:

:
10 orang guru

1. Pekeliling dan Dasar Kokurikulum
2. Tugas Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penasihat
3. Anugerah Kokurikulum
4. Pendidikan Sivik dalam Kokurikulum
5. IKEPS, SEGAK dan PAJSK

Cikgu Jawa Tusau memberi taklimat pekeliling dan dasar kokurikulum

Rabu, 19 Februari 2020

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: ASAS KAWAD KAKI

Nama LDP
:
Asas Kawad Kaki
Tempat
:
Dewan Makan SK Ulu Kakus
Tarikh
:
19 Februari 2020
Penceramah
:
Cik Ewinia Anak Nelson
Bil. Peserta

Slot Bengkel
:

:
14 orang guru

1. Pengenalan kepada Asas Kawad Kaki Unit Beruniform
2. Demonstrasi Kawad Kaki
3. Sesi Soal Jawab

Guru-guru yang hadir

Penceramah: Cik Ewinia Anak Nelson

Demonstrasi kawad kaki

Sesi kawad kaki bersama Persatuan Pengakap Platun 1 dan Platun 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...