Ahad, 30 Jun 2019

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN PRASEKOLAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON BINTULU (BINTULU, TATAU & SEBAUH) TAHUN 2018

SK Ulu Kakus telah menerima sijil pengiktirafan sempena Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Praskolah Pejabat Pendidikan Daerah Zon Bintulu (Bintulu, Tatau & Sebauh) Tahun 2018. Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Nasir Bin Salem, Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah di Majlis Makan Malam Prasekolah Zon Bintulu pada 29 Jun 2019 di Hotel Li Hua, Bintulu Central.

Berikut adalah pengiktirafan yang telah berjaya diraih oleh SK Ulu Kakus.
1. Kategori Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK)
2. Keberadaan Murid Prasekolah Melebih 90%
3. Pengurusan Prasekolah Terbaik Daerah Tatau (Johan)

Di samping itu, guru prasekolah SK Ulu Kakus, Puan Adeline Simon telah dianugerahkan Ikon Guru Prasekolah Daerah Tatau bagi tahun 2018.

Rabu, 26 Jun 2019

BROSUR AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

Perkongsian brosur Amalan Pemakanan Sihat dan Selamat untuk makluman dan rujukan semua.



Rabu, 19 Jun 2019

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SK ULU KAKUS FASA 2


Unit Hal Ehwal Murid SK Ulu Kakus telah mengadakan latihan kawad kebakaran secara tidak sedar pada 18 Jun 2019. Latihan kawad kebakaran tersebut melibatkan warga sekolah dan semua murid sekolah termasuk murid prasekolah. Ini merupakan latihan kawad kebakaran yang kedua. Latihan kebakaran fasa 1 telah diadakan pada awal tahun ini. 

Semasa loceng kecemasan dibunyikan pada pukul 9.00 pagi, semua murid telah mengikut arahan yang diberikan oleh guru untuk ke kawasan yang lebih selamat iaitu di tempat perhimpunan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk semua staf dan murid berkumpul adalah kurang daripada 3 minit. 

Akiviti kawad kebakaran ini telah berlangsung dengan jayanya. Tiada murid yang "terbakar" dalam latihan ini. 
Ketua Waden, Cikgu Desmond Sanggod memberi taklimat kepada semua murid di tempat perhimpunan 
Murid-murid mendengar nasihat daripada Penolong Kanan HEM, Cikgu Osa Ingkung
Semua murid termasuk murid prasekolah yang terlibat dalam aktiviti kawad kebakaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...