Rabu, 24 Julai 2019

PROGRAM ZIARAH CAKNA OLEH SMK BELAGA: KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG & SALING MENGHORMATI

SMK Belaga telah membuat lawatan ke SK Ulu Kakus pada 24 Julai 2019 sempena Program Ziarah Cakna dengan tema "Kegembiraan, Kasih Sayang dan Saling Menghormati". Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Pengetua SMK Belaga, Encik Usat Ibut bersama dengan ahli rombongan seramai 10 orang.

Dalam program ini, satu sijil kolaboratif telah ditandatangani oleh Tuan Pengetua SMK Belaga, Encik Usat Ibut dan Penolong Kanan Pentadbiran SK Ulu Kakus, Encik Kebing Lajung (wakil Guru Besar) untuk bersama-sama menangani masalah ponteng/ ziarah cakna bagi tahun 2019 - 2020.  Di samping itu, Encik Usat Ibut juga sempat memberi sesi motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 2019. 

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada SMK Belaga atas inisiatif ini dan berharap melalui kolaborasi kedua-dua sekolah, masalah ponteng dan masalah disiplin dapat ditangani.  
Rombongan SMK Belaga menikmati jamuan ringan sebelum memulakan lawatan
Bersama rombongan SMK Belaga yang sungguh bersemanagat dan ceria
Ucapan penghargaan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung
Barisan guru yang sempat hadir pada sesi penutupan
Penyampaian Sijil Kolaboratif oleh Tuan Pengetua, Encik Usat Ibut kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung
Penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah oleh Tuan Pengetua SMK Belaga, Encik Usat Ibut
Cikgu Desmond Anak Sanggod menerima cenderamata daripada Tuan Pengetua, SMK Belaga Encik Usat Ibut 
Gambar kenangan bersama rombongan SMK Belaga
Sijil Kolaboratif dan Cenderamata daripada SMK Belaga

Sabtu, 20 Julai 2019

TEAM BUILDING SK ULU KAKUS 2019

Aktiviti Team Building SK Ulu Kakus 2019 telah diadakan serentak dengan Kem Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2019 di Taman Negara Similajau, Bintulu. Pihak sekolah telah menjemput Cik Evelyn Eba Anak Nompang, Kaunselor Organisasi Daerah PPD Tatau sebagai penceramah dan pakar motivasi. Cik Evelyn turut dibantu oleh Cik Olivia Anak Graman. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan oleh Cik Evelyn untuk akiviti team building kali ini. 

Secara keseluruhan, aktiviti team building ini telah berjaya mengeratkan tali silaturahim serta memupuk kerjasama di kalangan warga SKUK agar menjadi satu kumpulan yang lebih efektif dan mantap. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Evelyn Eba Anak Nompang dan juga Cik Olivia Anak Graman atas kesudian meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti Team Building SK Ulu Kakus 2019. Tuhan memberkati!

Penceramah jemputan : Cik Evelyn Eba Anak Nompang (Kaunselor Organisasi Daerah)
Ucapan Aluan oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus
Semua staf SKUK sedang menjawab soal selidik untuk mengukur tahap tekanan, kebimbingan dan kemurungan
Aktiviti Kumpulan:  Membina menara tertinggi menggunakan paip PVC
Memberi pujiian / komen positif terhadap rakan sekerja
Aktiviti Kumpulan: Sesi menguji ketahanan menara yang telah dibina menggunakan kertas A4
Cikgu Sigar cuba memperahankan diri daripada serangan Cikgu Ewinia dan Cikgu Mem
Melukis dengan penuh konsentrasi
Puan Freda Lenjau memberi komen terhadap  hasil terakhir lukisan  yang telah disumbangkan oleh  semua staf SKUK


Jumaat, 19 Julai 2019

KEM PECUTAN AKHIR UPSR TAHUN 6 SK ULU KAKUS 2019 (Bahagian 1)

Program Pecutan Akhir UPSR merupakan aktiviti tahunan sekolah yang dirancang dengan harapan mampu mencapai kecemerlangan dan menaikkan motivasi diri murid, seterusnya dapat melonjakkan prestasi dalam UPSR.

Pada tahun ini, seramai 25 orang murid tahun 6 telah menyertai program ini bermula dari hari ini (19 Julai 2019) hingga 21 Julai 2019 di Taman Negara Similajau, Bintulu.

Hari Pertama (19 Julai 2019)
Kem Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2019 SK Ulu Kakus telah dilancarkan pada 19 Julai 2019 oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo. Ini diikuti oleh taklimat dan aktiviti ice-breaking.
Buku programKem Pucatan Akhir UPSR Tahun 6 2019
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo
Murid-murid Tahun 6 Gemilang
Taklimat jadual kem pecutan akhir oleh Encik Kebing Lajung
Taklimat keselamatan oleh Encik Jawa Tusau  
Sesi ice-breaking dikendalikan oleh Cik Ewinia Nelson dan Encik Jeremy Hon Chin Ee
Permainan "Apple, Orange and Banana"

Sabtu, 6 Julai 2019

SAMBUTAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH GEMILANG SK ULU KAKUS 2019

Sambutan Hari Keluarga Prasekolah Gemilang SK Ulu Kakus telah diadakan pada 5 Julai 2019 di kelas prasekolah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru, PKP dan waris prasekolah. 

Majlis telah dimulakan pada pukul 9.15 pagi dengan bacaan doa pembukaan oleh Encik Osa Ingkung. Majlis seterusnya dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid prasekolah. Mereka telah menyanyikan dua buah lagu iaitu “Mana Kucing?” dan “Di Sini, Di Sini, Kita Berkumpul”. Murid-murid prasekolah telah menyanyikan lagu “Di Sini, Di Sini” dalam 5 bahasa berlainan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Bahasa Kenyah.

Maljis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah, Puan Nora Engan. Beliau mewakili semua waris mengucapkan terima kasih kepada pihak prasekolah atas usaha mendidik anak-anak mereka.

Encik Kebing Lajung, Penolong Kanan Pentadbiran telah menyampaikan ucapan perasmian. Beliau berharap semua waris prasekolah akan terus memberi sokongan kepada pendidikan anak-anak mereka serta memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir di sekolah. Setelah prasekolah dibuka pada tahun 2006, prestasi UPSR sekolah semakin baik kerana murid-murid telah mendapat pendidikan awal di prasekolah. Encik Kebing Lajung juga mengucapkan tahniah kepada prasekolah kerana berjaya mendapat sijil pengiktirafan bagi Kategori Pengurusan Prasekolah 2018 dan sijil pengiktirafan Keberadaan Murid Prasekolah Melebih 90% dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Prasekolah Pejabat Pendidikan Daerah Zon Bintulu Tahun 2018.

Selepas ucapan perasmian, majlis diserikan dengan persembahan tarian Orang Ulu oleh murid-murid prasekolah. Maradona, Randy, Simon dan Zachary telah menarik perhatian semua tetamu yang hadir dengan tarian Kancet Lasan manakala Xaviera, Emily dan Eunice telah mempersembahkan tarian Datun Julut.

Majlis diteruskan dengan sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Jun. Kebanyakan kek harijadi murid-murid prasekolah adalah hasil tangan waris prasekolah. Ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan waris prasekolah untuk menyokong hari keluarga prasekolah.

Sebagai galakan kepada murid-murid prasekolah, pihak prasekolah telah menyediakan sedikit cenderahati kepada semua murid prasekolah. Acara penyampaian cenderahati kepada semua murid telah disempurnakan oleh Encik Kebing Lajung, PK Pentadbiran. Puan Ubong Anyan juga turut menyampaikan duit raya kepada setiap murid prasekolah.

Sebelum aktiviti menjamu selera, Encik Osa Ingkung telah memimpin semua tetamu yang hadir dengan bacaan doa makan. Semua makanan dan minuman pada majlis ini adalah hasil sumbangan waris prasekolah. 

Majlis telah ditamatkan pada pukul 11.00 pagi. Semua waris telah bekerjasama membantu membersihkan kelas sebelum bersurai.         

Ribuan terima kasih kepada semua guru, PKP dan waris prasekolah yang telah memberi sokongan serta menjayakan sambutan hari keluarga pada kali ini. Tuhan memberkati anda sekalian.

PRASEKOLAH GEMILANG SK ULU KAKUS SESI 2019
Barisan hadapan (dari kiri): Zachary, Maradona, Felydianea, Bathris, Emily, Xaviera, Veronica, Eunice, Ellvialize, Neymar & Randy
Barisan belakang (dari kiri): Fletcher, Zhebedues, Jerrykho, Wakow, Izzat, Simon, Bennytez, Chester & Claudio
Tiada dalam gambar: Darrel


Doa pembukaan oleh Cikgu Osa Ingkung

Persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid prasekolah

Ucapan aluan  oleh Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah, Puan Nora Engan

Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung

Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari Januari - Jun

Penyampaian cenderahati dari prasekolah dan sumbangan duit raya dari Puan Ubong Anyan kepada semua murid prasekolah

Sesi menjamu selera

Juadah yang disediakan oleh semua waris prasekolah

Ahad, 30 Jun 2019

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN PRASEKOLAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON BINTULU (BINTULU, TATAU & SEBAUH) TAHUN 2018

SK Ulu Kakus telah menerima sijil pengiktirafan sempena Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Praskolah Pejabat Pendidikan Daerah Zon Bintulu (Bintulu, Tatau & Sebauh) Tahun 2018. Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Nasir Bin Salem, Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah di Majlis Makan Malam Prasekolah Zon Bintulu pada 29 Jun 2019 di Hotel Li Hua, Bintulu Central.

Berikut adalah pengiktirafan yang telah berjaya diraih oleh SK Ulu Kakus.
1. Kategori Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK)
2. Keberadaan Murid Prasekolah Melebih 90%
3. Pengurusan Prasekolah Terbaik Daerah Tatau (Johan)

Di samping itu, guru prasekolah SK Ulu Kakus, Puan Adeline Simon telah dianugerahkan Ikon Guru Prasekolah Daerah Tatau bagi tahun 2018.

Rabu, 26 Jun 2019

BROSUR AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

Perkongsian brosur Amalan Pemakanan Sihat dan Selamat untuk makluman dan rujukan semua.



Rabu, 19 Jun 2019

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SK ULU KAKUS FASA 2


Unit Hal Ehwal Murid SK Ulu Kakus telah mengadakan latihan kawad kebakaran secara tidak sedar pada 18 Jun 2019. Latihan kawad kebakaran tersebut melibatkan warga sekolah dan semua murid sekolah termasuk murid prasekolah. Ini merupakan latihan kawad kebakaran yang kedua. Latihan kebakaran fasa 1 telah diadakan pada awal tahun ini. 

Semasa loceng kecemasan dibunyikan pada pukul 9.00 pagi, semua murid telah mengikut arahan yang diberikan oleh guru untuk ke kawasan yang lebih selamat iaitu di tempat perhimpunan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk semua staf dan murid berkumpul adalah kurang daripada 3 minit. 

Akiviti kawad kebakaran ini telah berlangsung dengan jayanya. Tiada murid yang "terbakar" dalam latihan ini. 
Ketua Waden, Cikgu Desmond Sanggod memberi taklimat kepada semua murid di tempat perhimpunan 
Murid-murid mendengar nasihat daripada Penolong Kanan HEM, Cikgu Osa Ingkung
Semua murid termasuk murid prasekolah yang terlibat dalam aktiviti kawad kebakaran.

Jumaat, 24 Mei 2019

MAJLIS IFTAR DAN SAMBUTAN PRA GAWAI SK ULU KAKUS 2019

Majlis IFTAR dan Sambutan Pra Gawai SK Ulu Kakus 2019 telah diadakan pada 23 Mei 2019. Majlis ini telah dijayakan oleh warga guru dan PKP SK Ulu Kakus serta keluarga. Tujuan utama program ini adalah untuk menghargai serta mengeratkan silaturahim di kalangan warga SKUK.  
Ucapan aluan oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus

Doa berbuka puasa

Juadah yang telah disediakan oleh warga SKUK

Jumaat, 26 April 2019

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 26 April 2019, bertempat di Dewan Makan SK Ulu Kakus. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan PKP SK Ulu Kakus. Pada tahun ini, para ibu bapa dan penjaga turut hadir meraikan Hari Guru bersama warga sekolah. 

Sempena sambutan Hari Guru pada kali ini, pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SK Ulu Kakus. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah persembahan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara, persembahan murid-murid dan aktiviti senamrobik.
Murid-murid SK Ulu Kakus yang bersemangat untuk meraikan Hari Guru 
Backdrop Hari Guru 2019 - Hasil usaha anggota PKP SK Ulu Kakus
Persembahan pembukaan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara
Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung
'Kek' Hari Guru SK Ulu Kakus 2019
Persembahan Sajak dan Nyanyian daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6
Warga Pendidik SK Ulu Kakus 2019
Gambar kenangan guru bersama AJK PIBG 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...