Selamat Hari Gawai kepada warga SKUK yang menyambut perayaan Hari Gawai Dayak.
Jumaat, 1 Jun 2018
Jumaat, 25 Mei 2018
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2018
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Mei 2018, bertempat di Dewan Makan SK Ulu Kakus. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan AKP sekolah.
Sempena sambutan Hari Guru pada kali ini, pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SK Ulu Kakus. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah persembahan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara, persembahan murid-murid dan persembahan tarian poco-poco oleh semua guru.
Pada sebelah malam, warga SK Ulu Kakus telah mengadakan aktiviti makan bersama sempena Hari Guru, pra Gawai dan pra Kebana.
![]() |
| Persembahan Nyanyian daripada Kelab Muzik dan Seni Suara |
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh Encik Kebing Lajung, PK Pentadbiran |
![]() |
| Bacaan Teks Perutusan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan KPPM oleh Encik Kenly Macdonald Anak Atong |
![]() |
| Sesi memotong 'kek' Hari Guru oleh warga pendidik SKUK |
Jumaat, 20 April 2018
BENGKEL ORIENTASI SEKOLAH RENDAH HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) TAHUN 2018 PERINGKAT SEKOLAH
|
Nama
LDP
|
:
|
Bengkel Orientasi
Sekolah Rendah Highly Immersive Programme (HIP) Tahun 2018 Peringkat Sekolah
|
|
Tempat
|
:
|
Dewan Makan SK Ulu Kakus
|
|
Tarikh
|
:
|
19 April 2018
|
|
Penceramah
|
:
|
Encik Jawa Tusau
Puan Mariana Anak
Augustine Siper
|
|
Bil.
Peserta
|
:
|
24 orang
|
![]() |
| Pengenalan HIP oleh Encik Jawa Tusau, Penolong Kanan Kokurikulum |
![]() |
| Penerangan Cadangan Program HIP Mega SK Ulu Kakus oleh Puan Mariana Anak Augustine Siper, Ketua Panitia Bahasa Inggeris |
![]() |
| Warga sekolah dan ibu bapa mengisi borang self-assessment tool |
![]() |
| Puan Mariana mengutip borang self-assessment yang telah dilengkapisi |
Sabtu, 14 April 2018
SELAMAT BERSARA PAK SUPIK
Selamat bersara diucapkan kepada Encik Supik Bin Kazan (Pak Supik) yang telah bersara wajib pada 13 April 2018. Seluruh warga SKUK mendoakan semoga Pak Supik sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima kasih Pak Supik. Jasamu tetap dikenang.
Jumaat, 9 Mac 2018
BENGKEL PENGISIAN SKPMg2 PERINGKAT SEKOLAH 2018
|
Nama
LDP
|
:
|
Bengkel Pengisian
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 Peringkat Sekolah 2018
|
|
Tempat
|
:
|
Dewan Makan SK Ulu Kakus
|
|
Tarikh
|
:
|
9 Mac 2018
|
|
Penceramah
|
:
|
Encik Reginald Iggan
Salo
Puan Adeline Simon
|
|
Bil.
Peserta
|
:
|
19 orang
|
|
Slot
Bengkel
|
:
|
Slot 1: SKPMg2 – Hasrat
dan Harapan (Encik Reginald Iggan Salo)
Slot 2: Bimbingan SKPMG2
– JKSS dan PPS (Puan Adeline Simon)
Slot 3: Rumusan Audit
Portal 2017 PPD Sebauh dan Tatau
(Puan Adeline Simon)
|
| Perkongsian Slot 1 - SKPMg2 (Hasrat dan Harapan) oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus |
| Perkongsian Slot 2 - Bimbingan SKPMg2 oleh Puan Adeline Simon |
| Warga sekolah yang menghadiri Bengkel SKPMg2 |
Sabtu, 20 Januari 2018
TAHNIAH FEDEREL!
Warga SK Ulu Kakus mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Adik Federel Lian Maydlyne Ongan atas kejayaan mendapat naib juara dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Bahagian Bintulu 2018 yang telah diadakan di Universiti Putra Malaysia Bintulu pada 20 Januari 2018.
Adik Federel telah mencatatkan masa 17.17.4 dalam kategori lelaki bawah 12 tahun.
Adik Federel telah mencatatkan masa 17.17.4 dalam kategori lelaki bawah 12 tahun.
![]() |
| Federel Lian (TA40) bersama dengan kontinjen Tatau |
Sabtu, 24 Disember 2016
MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR 2017!
Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada warga SKUK.
Semoga warga SKUK dan seisi keluarga sentiasa diberkati dengan kesihatan dan sejahtera di tahun baharu yang akan datang!
Langgan:
Catatan (Atom)












