Rabu, 26 Jun 2019
BROSUR AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
Rabu, 19 Jun 2019
LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SK ULU KAKUS FASA 2
Unit Hal Ehwal Murid SK Ulu Kakus telah mengadakan latihan kawad kebakaran secara tidak sedar pada 18 Jun 2019. Latihan kawad kebakaran tersebut melibatkan warga sekolah dan semua murid sekolah termasuk murid prasekolah. Ini merupakan latihan kawad kebakaran yang kedua. Latihan kebakaran fasa 1 telah diadakan pada awal tahun ini.
Semasa loceng kecemasan dibunyikan pada pukul 9.00 pagi, semua murid telah mengikut arahan yang diberikan oleh guru untuk ke kawasan yang lebih selamat iaitu di tempat perhimpunan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk semua staf dan murid berkumpul adalah kurang daripada 3 minit.
Akiviti kawad kebakaran ini telah berlangsung dengan jayanya. Tiada murid yang "terbakar" dalam latihan ini.
![]() |
| Ketua Waden, Cikgu Desmond Sanggod memberi taklimat kepada semua murid di tempat perhimpunan |
![]() |
| Murid-murid mendengar nasihat daripada Penolong Kanan HEM, Cikgu Osa Ingkung |
![]() |
| Semua murid termasuk murid prasekolah yang terlibat dalam aktiviti kawad kebakaran. |
Jumaat, 24 Mei 2019
MAJLIS IFTAR DAN SAMBUTAN PRA GAWAI SK ULU KAKUS 2019
Majlis IFTAR dan Sambutan Pra Gawai SK Ulu Kakus 2019 telah diadakan pada 23 Mei 2019. Majlis ini telah dijayakan oleh warga guru dan PKP SK Ulu Kakus serta keluarga. Tujuan utama program ini adalah untuk menghargai serta mengeratkan silaturahim di kalangan warga SKUK.
![]() |
| Ucapan aluan oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus |
![]() |
| Doa berbuka puasa |
![]() |
| Juadah yang telah disediakan oleh warga SKUK |
Jumaat, 26 April 2019
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 26 April 2019, bertempat di Dewan Makan SK Ulu Kakus. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan PKP SK Ulu Kakus. Pada tahun ini, para ibu bapa dan penjaga turut hadir meraikan Hari Guru bersama warga sekolah.
Sempena sambutan Hari Guru pada kali ini, pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SK Ulu Kakus. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah persembahan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara, persembahan murid-murid dan aktiviti senamrobik.
![]() |
| Murid-murid SK Ulu Kakus yang bersemangat untuk meraikan Hari Guru |
![]() |
| Backdrop Hari Guru 2019 - Hasil usaha anggota PKP SK Ulu Kakus |
![]() |
| Persembahan pembukaan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara |
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung |
![]() |
| 'Kek' Hari Guru SK Ulu Kakus 2019 |
![]() |
| Persembahan Sajak dan Nyanyian daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6 |
![]() |
| Warga Pendidik SK Ulu Kakus 2019 |
![]() |
| Gambar kenangan guru bersama AJK PIBG |
Jumaat, 5 April 2019
DIALOG PRESTASI SEKOLAH BIL. 1/2019
Jumaat, 22 Mac 2019
BENGKEL PENSINDIKETAN GARIS PANDUAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MYPPB) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
Nama LDP
|
:
|
Bengkel Pensindiketan Garis Panduan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019
|
Tempat
|
:
|
Dewan Makan SK Ulu Kakus
|
Tarikh
|
:
|
20 Mac 2019
|
Penceramah
|
:
|
Puan Adeline Simon
|
Bil. Peserta
Slot Bengkel |
:
: |
22 orang
1. Pengenalan kepada Sistem Mata Kredit (MyPPB) 2. Tunjuk Cara Penggunaan SPL KPM (Modul Individu) 3. Sesi Soal Jawab |
![]() |
| Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Puan Adeline Simon, SU LDP SK Ulu Kakus |
![]() |
| Peserta bengkel yang terdiri daripada guru dan PKP SK Ulu Kakus |
Jumaat, 1 Mac 2019
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI 2020
Langgan:
Catatan (Atom)
















