Ahad, 30 Jun 2019

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN PRASEKOLAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ZON BINTULU (BINTULU, TATAU & SEBAUH) TAHUN 2018

SK Ulu Kakus telah menerima sijil pengiktirafan sempena Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Praskolah Pejabat Pendidikan Daerah Zon Bintulu (Bintulu, Tatau & Sebauh) Tahun 2018. Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Nasir Bin Salem, Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah di Majlis Makan Malam Prasekolah Zon Bintulu pada 29 Jun 2019 di Hotel Li Hua, Bintulu Central.

Berikut adalah pengiktirafan yang telah berjaya diraih oleh SK Ulu Kakus.
1. Kategori Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK)
2. Keberadaan Murid Prasekolah Melebih 90%
3. Pengurusan Prasekolah Terbaik Daerah Tatau (Johan)

Di samping itu, guru prasekolah SK Ulu Kakus, Puan Adeline Simon telah dianugerahkan Ikon Guru Prasekolah Daerah Tatau bagi tahun 2018.

Rabu, 26 Jun 2019

BROSUR AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

Perkongsian brosur Amalan Pemakanan Sihat dan Selamat untuk makluman dan rujukan semua.



Rabu, 19 Jun 2019

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SK ULU KAKUS FASA 2


Unit Hal Ehwal Murid SK Ulu Kakus telah mengadakan latihan kawad kebakaran secara tidak sedar pada 18 Jun 2019. Latihan kawad kebakaran tersebut melibatkan warga sekolah dan semua murid sekolah termasuk murid prasekolah. Ini merupakan latihan kawad kebakaran yang kedua. Latihan kebakaran fasa 1 telah diadakan pada awal tahun ini. 

Semasa loceng kecemasan dibunyikan pada pukul 9.00 pagi, semua murid telah mengikut arahan yang diberikan oleh guru untuk ke kawasan yang lebih selamat iaitu di tempat perhimpunan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk semua staf dan murid berkumpul adalah kurang daripada 3 minit. 

Akiviti kawad kebakaran ini telah berlangsung dengan jayanya. Tiada murid yang "terbakar" dalam latihan ini. 
Ketua Waden, Cikgu Desmond Sanggod memberi taklimat kepada semua murid di tempat perhimpunan 
Murid-murid mendengar nasihat daripada Penolong Kanan HEM, Cikgu Osa Ingkung
Semua murid termasuk murid prasekolah yang terlibat dalam aktiviti kawad kebakaran.

Jumaat, 24 Mei 2019

MAJLIS IFTAR DAN SAMBUTAN PRA GAWAI SK ULU KAKUS 2019

Majlis IFTAR dan Sambutan Pra Gawai SK Ulu Kakus 2019 telah diadakan pada 23 Mei 2019. Majlis ini telah dijayakan oleh warga guru dan PKP SK Ulu Kakus serta keluarga. Tujuan utama program ini adalah untuk menghargai serta mengeratkan silaturahim di kalangan warga SKUK.  
Ucapan aluan oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus

Doa berbuka puasa

Juadah yang telah disediakan oleh warga SKUK

Jumaat, 26 April 2019

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 26 April 2019, bertempat di Dewan Makan SK Ulu Kakus. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan PKP SK Ulu Kakus. Pada tahun ini, para ibu bapa dan penjaga turut hadir meraikan Hari Guru bersama warga sekolah. 

Sempena sambutan Hari Guru pada kali ini, pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SK Ulu Kakus. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah persembahan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara, persembahan murid-murid dan aktiviti senamrobik.
Murid-murid SK Ulu Kakus yang bersemangat untuk meraikan Hari Guru 
Backdrop Hari Guru 2019 - Hasil usaha anggota PKP SK Ulu Kakus
Persembahan pembukaan daripada Kelab Muzik dan Seni Suara
Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung
'Kek' Hari Guru SK Ulu Kakus 2019
Persembahan Sajak dan Nyanyian daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6
Warga Pendidik SK Ulu Kakus 2019
Gambar kenangan guru bersama AJK PIBG 


Jumaat, 22 Mac 2019

BENGKEL PENSINDIKETAN GARIS PANDUAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MYPPB) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019

Nama LDP
:
Bengkel Pensindiketan Garis Panduan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019
Tempat
:
Dewan Makan SK Ulu Kakus
Tarikh
:
20 Mac 2019
Penceramah
:
Puan Adeline Simon
Bil. Peserta

Slot Bengkel
:

:
22 orang

1. Pengenalan kepada Sistem Mata Kredit (MyPPB)
2. Tunjuk Cara Penggunaan SPL KPM (Modul Individu)
3. Sesi Soal Jawab

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Puan Adeline Simon, SU LDP SK Ulu Kakus

Peserta bengkel yang terdiri daripada guru dan PKP SK Ulu Kakus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...