Memaparkan catatan dengan label Hari Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Julai 2019

SAMBUTAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH GEMILANG SK ULU KAKUS 2019

Sambutan Hari Keluarga Prasekolah Gemilang SK Ulu Kakus telah diadakan pada 5 Julai 2019 di kelas prasekolah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru, PKP dan waris prasekolah. 

Majlis telah dimulakan pada pukul 9.15 pagi dengan bacaan doa pembukaan oleh Encik Osa Ingkung. Majlis seterusnya dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid prasekolah. Mereka telah menyanyikan dua buah lagu iaitu “Mana Kucing?” dan “Di Sini, Di Sini, Kita Berkumpul”. Murid-murid prasekolah telah menyanyikan lagu “Di Sini, Di Sini” dalam 5 bahasa berlainan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Bahasa Kenyah.

Maljis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah, Puan Nora Engan. Beliau mewakili semua waris mengucapkan terima kasih kepada pihak prasekolah atas usaha mendidik anak-anak mereka.

Encik Kebing Lajung, Penolong Kanan Pentadbiran telah menyampaikan ucapan perasmian. Beliau berharap semua waris prasekolah akan terus memberi sokongan kepada pendidikan anak-anak mereka serta memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir di sekolah. Setelah prasekolah dibuka pada tahun 2006, prestasi UPSR sekolah semakin baik kerana murid-murid telah mendapat pendidikan awal di prasekolah. Encik Kebing Lajung juga mengucapkan tahniah kepada prasekolah kerana berjaya mendapat sijil pengiktirafan bagi Kategori Pengurusan Prasekolah 2018 dan sijil pengiktirafan Keberadaan Murid Prasekolah Melebih 90% dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Prasekolah Pejabat Pendidikan Daerah Zon Bintulu Tahun 2018.

Selepas ucapan perasmian, majlis diserikan dengan persembahan tarian Orang Ulu oleh murid-murid prasekolah. Maradona, Randy, Simon dan Zachary telah menarik perhatian semua tetamu yang hadir dengan tarian Kancet Lasan manakala Xaviera, Emily dan Eunice telah mempersembahkan tarian Datun Julut.

Majlis diteruskan dengan sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Jun. Kebanyakan kek harijadi murid-murid prasekolah adalah hasil tangan waris prasekolah. Ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan waris prasekolah untuk menyokong hari keluarga prasekolah.

Sebagai galakan kepada murid-murid prasekolah, pihak prasekolah telah menyediakan sedikit cenderahati kepada semua murid prasekolah. Acara penyampaian cenderahati kepada semua murid telah disempurnakan oleh Encik Kebing Lajung, PK Pentadbiran. Puan Ubong Anyan juga turut menyampaikan duit raya kepada setiap murid prasekolah.

Sebelum aktiviti menjamu selera, Encik Osa Ingkung telah memimpin semua tetamu yang hadir dengan bacaan doa makan. Semua makanan dan minuman pada majlis ini adalah hasil sumbangan waris prasekolah. 

Majlis telah ditamatkan pada pukul 11.00 pagi. Semua waris telah bekerjasama membantu membersihkan kelas sebelum bersurai.         

Ribuan terima kasih kepada semua guru, PKP dan waris prasekolah yang telah memberi sokongan serta menjayakan sambutan hari keluarga pada kali ini. Tuhan memberkati anda sekalian.

PRASEKOLAH GEMILANG SK ULU KAKUS SESI 2019
Barisan hadapan (dari kiri): Zachary, Maradona, Felydianea, Bathris, Emily, Xaviera, Veronica, Eunice, Ellvialize, Neymar & Randy
Barisan belakang (dari kiri): Fletcher, Zhebedues, Jerrykho, Wakow, Izzat, Simon, Bennytez, Chester & Claudio
Tiada dalam gambar: Darrel


Doa pembukaan oleh Cikgu Osa Ingkung

Persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid prasekolah

Ucapan aluan  oleh Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah, Puan Nora Engan

Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kebing Lajung

Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari Januari - Jun

Penyampaian cenderahati dari prasekolah dan sumbangan duit raya dari Puan Ubong Anyan kepada semua murid prasekolah

Sesi menjamu selera

Juadah yang disediakan oleh semua waris prasekolah

Isnin, 9 Julai 2018

SAMBUTAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH GEMILANG SK ULU KAKUS 2018

Sambutan Hari Keluarga Prasekolah Gemilang SK Ulu Kakus telah diadakan pada 6 Julai 2018, bertempat di Kelas Prasekolah Gemilang. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus.

Sempena Hari Keluarga Prasekolah, pelbagai pertandingan telah diadakan lebih awal seperti Pertandingan Mewarna, Celik Nombor, Celik BM, Best Handwriting Competition dan One Minute Reading Competition. Acara penyampaian hadiah untuk para pemenang telah disempurnakan pada Hari Keluarga.

Murid-murid Prasekolah Gemilang juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan bakat masing-masing melalui persembahan nyanyian dan gerakan. Adik Anjoly Lody dan Adik Clayrish Finella pula mencuri perhatian semua apabila berjaya membaca buku Bahasa Inggeris dengan lancar.

Aktiviti kemuncak Hari Keluarga Prasekolah Gemilang adalah sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga 5 Julai. Seramai 15 orang murid telah meraikan hari jadi mereka. Kebanyakan kek hari jadi adalah hasil tangan waris prasekolah. 

Murid-murid Prasekolah Gemilang Sesi 2018

Persembahan Nyanyian dan Gerakan oleh murid-murid prasekolah

Ucapan aluan oleh Encik Desmond Anak Sanggod,
Naib Pengerusi Jawatankuasa Permufakatan Prasekolah

Ucapan perasmian oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus

Adik Clayrish Finella membaca buku Fitzroy - A Fat Cat

Adik Anjoly Lody membaca buku Fitzroy - A Big Pig

Adik Clarrysha mendapat tempat pertama dalam pertandingan Celik BM.

Adik Randy Jalung menerima hadiah galakan daripada Encik Desmond Anak Sanggod

Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Julai

Puan Adeline Simon selaku pengacara majlis

Jamuan ringan yang telah disediakan oleh waris prasekolah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...