Memaparkan catatan dengan label Kem Pecutan UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kem Pecutan UPSR. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Julai 2019

KEM PECUTAN AKHIR UPSR TAHUN 6 SK ULU KAKUS 2019 (Bahagian 1)

Program Pecutan Akhir UPSR merupakan aktiviti tahunan sekolah yang dirancang dengan harapan mampu mencapai kecemerlangan dan menaikkan motivasi diri murid, seterusnya dapat melonjakkan prestasi dalam UPSR.

Pada tahun ini, seramai 25 orang murid tahun 6 telah menyertai program ini bermula dari hari ini (19 Julai 2019) hingga 21 Julai 2019 di Taman Negara Similajau, Bintulu.

Hari Pertama (19 Julai 2019)
Kem Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2019 SK Ulu Kakus telah dilancarkan pada 19 Julai 2019 oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo. Ini diikuti oleh taklimat dan aktiviti ice-breaking.
Buku programKem Pucatan Akhir UPSR Tahun 6 2019
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo
Murid-murid Tahun 6 Gemilang
Taklimat jadual kem pecutan akhir oleh Encik Kebing Lajung
Taklimat keselamatan oleh Encik Jawa Tusau  
Sesi ice-breaking dikendalikan oleh Cik Ewinia Nelson dan Encik Jeremy Hon Chin Ee
Permainan "Apple, Orange and Banana"

Ahad, 22 Julai 2018

KEM PECUTAN AKHIR UPSR SK ULU KAKUS 2018

Program Pecutan Akhir UPSR merupakan aktiviti tahunan sekolah yang dirancang dengan harapan mampu mencapai kecemerlangan dan menaikkan motivasi diri murid, seterusnya dapat melonjakkan prestasi dalam UPSR. Pada tahun ini, seramai 18 orang murid Tahun 6 yang telah menyertai program ini dari 20 hingga 22 Julai 2018 di sekitar bandar Bintulu.

Hari Pertama (20 Julai 2018)
Program Pecutan Akhir UPSR Tahun 2018 telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo. Selepas aktiviti pelancaran, aktiviti ice-breaking telah dikendalikan oleh Puan Adeline Simon, diikuti oleh sesi bimbingan cara menjawab soalan Matematik oleh Encik Sigar Jiling.

Buku Program Kem Pecutan Akhir UPSR 2018

Bacaan Doa Pembukaan oleh Encik Osa Ingkung

Ucapan Perasmian Pelancaran Program Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2018
 
Sesi Bimbingan Matematik UPSR oleh Encik Sigar Jiling
   
Warga SK Ulu Kakus yang hadir


Hari Kedua (21 Julai 2018)
Pada hari kedua, aktiviti dimulakan dengan aktiviti kecergasan pagi. Murid-murid Tahun 6 telah dibawa melawat Taman Tumbina, Bintulu. Pada sebelah petang, aktiviti team building telah dijalankan di Pantai Tanjung Batu. 

Sesi penangguhan terus diadakan pada petang tersebut. Setiap kumpulan telah membuat persembahan yang sangat menarik dan bertenaga. Sijil penghargaan telah disampaikan kepada penceramah jemputan, Encik Sigar Jiling dan sijil penyertaan telah disampaikan kepada semua murid Tahun 6. Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo telah menyampaikan ucapan penangguhan Program Pecutan Akhir UPSR 2018.

Aktiviti kecergasan diri 
Semua peserta berasa cergas dan gembira

Persembahan daripada Kumpulan 1

Persembahan tarian daripada Kumpulan 2

Sesi Penangguhan  

Sambutan hari jadi warga SK Ulu Kakus yang lahir pada bulan Julai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...