Jumaat, 22 Mac 2019

BENGKEL PENSINDIKETAN GARIS PANDUAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MYPPB) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019

Nama LDP
:
Bengkel Pensindiketan Garis Panduan Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019
Tempat
:
Dewan Makan SK Ulu Kakus
Tarikh
:
20 Mac 2019
Penceramah
:
Puan Adeline Simon
Bil. Peserta

Slot Bengkel
:

:
22 orang

1. Pengenalan kepada Sistem Mata Kredit (MyPPB)
2. Tunjuk Cara Penggunaan SPL KPM (Modul Individu)
3. Sesi Soal Jawab

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Puan Adeline Simon, SU LDP SK Ulu Kakus

Peserta bengkel yang terdiri daripada guru dan PKP SK Ulu Kakus

Jumaat, 1 Mac 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI 2020

Sila dapatkan borang permohonan dari pihak Prasekolah Gemilang SK Ulu Kakus.

Selasa, 26 Februari 2019

TAKLIMAT STAF BIL. 1/2019

Nama LDP
:
Taklimat Staf Bil. 1/2019
Tempat
:
Dewan Makan SK Ulu Kakus
Tarikh
:
26 Februari 2019
Penceramah
:
Encik Reginald Iggan Salo
Bil. Peserta
:
20 orang

Taklimat Staf telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo

Para guru dan PKP yang menghadiri Taklimat Staf Bil. 1/2019

Ahad, 22 Julai 2018

KEM PECUTAN AKHIR UPSR SK ULU KAKUS 2018

Program Pecutan Akhir UPSR merupakan aktiviti tahunan sekolah yang dirancang dengan harapan mampu mencapai kecemerlangan dan menaikkan motivasi diri murid, seterusnya dapat melonjakkan prestasi dalam UPSR. Pada tahun ini, seramai 18 orang murid Tahun 6 yang telah menyertai program ini dari 20 hingga 22 Julai 2018 di sekitar bandar Bintulu.

Hari Pertama (20 Julai 2018)
Program Pecutan Akhir UPSR Tahun 2018 telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo. Selepas aktiviti pelancaran, aktiviti ice-breaking telah dikendalikan oleh Puan Adeline Simon, diikuti oleh sesi bimbingan cara menjawab soalan Matematik oleh Encik Sigar Jiling.

Buku Program Kem Pecutan Akhir UPSR 2018

Bacaan Doa Pembukaan oleh Encik Osa Ingkung

Ucapan Perasmian Pelancaran Program Pecutan Akhir UPSR Tahun 6 2018
 
Sesi Bimbingan Matematik UPSR oleh Encik Sigar Jiling
   
Warga SK Ulu Kakus yang hadir


Hari Kedua (21 Julai 2018)
Pada hari kedua, aktiviti dimulakan dengan aktiviti kecergasan pagi. Murid-murid Tahun 6 telah dibawa melawat Taman Tumbina, Bintulu. Pada sebelah petang, aktiviti team building telah dijalankan di Pantai Tanjung Batu. 

Sesi penangguhan terus diadakan pada petang tersebut. Setiap kumpulan telah membuat persembahan yang sangat menarik dan bertenaga. Sijil penghargaan telah disampaikan kepada penceramah jemputan, Encik Sigar Jiling dan sijil penyertaan telah disampaikan kepada semua murid Tahun 6. Tuan Guru Besar, Encik Reginald Iggan Salo telah menyampaikan ucapan penangguhan Program Pecutan Akhir UPSR 2018.

Aktiviti kecergasan diri 
Semua peserta berasa cergas dan gembira

Persembahan daripada Kumpulan 1

Persembahan tarian daripada Kumpulan 2

Sesi Penangguhan  

Sambutan hari jadi warga SK Ulu Kakus yang lahir pada bulan Julai



Isnin, 9 Julai 2018

SAMBUTAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH GEMILANG SK ULU KAKUS 2018

Sambutan Hari Keluarga Prasekolah Gemilang SK Ulu Kakus telah diadakan pada 6 Julai 2018, bertempat di Kelas Prasekolah Gemilang. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus.

Sempena Hari Keluarga Prasekolah, pelbagai pertandingan telah diadakan lebih awal seperti Pertandingan Mewarna, Celik Nombor, Celik BM, Best Handwriting Competition dan One Minute Reading Competition. Acara penyampaian hadiah untuk para pemenang telah disempurnakan pada Hari Keluarga.

Murid-murid Prasekolah Gemilang juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan bakat masing-masing melalui persembahan nyanyian dan gerakan. Adik Anjoly Lody dan Adik Clayrish Finella pula mencuri perhatian semua apabila berjaya membaca buku Bahasa Inggeris dengan lancar.

Aktiviti kemuncak Hari Keluarga Prasekolah Gemilang adalah sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga 5 Julai. Seramai 15 orang murid telah meraikan hari jadi mereka. Kebanyakan kek hari jadi adalah hasil tangan waris prasekolah. 

Murid-murid Prasekolah Gemilang Sesi 2018

Persembahan Nyanyian dan Gerakan oleh murid-murid prasekolah

Ucapan aluan oleh Encik Desmond Anak Sanggod,
Naib Pengerusi Jawatankuasa Permufakatan Prasekolah

Ucapan perasmian oleh Encik Reginald Iggan Salo, Guru Besar SK Ulu Kakus

Adik Clayrish Finella membaca buku Fitzroy - A Fat Cat

Adik Anjoly Lody membaca buku Fitzroy - A Big Pig

Adik Clarrysha mendapat tempat pertama dalam pertandingan Celik BM.

Adik Randy Jalung menerima hadiah galakan daripada Encik Desmond Anak Sanggod

Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Julai

Puan Adeline Simon selaku pengacara majlis

Jamuan ringan yang telah disediakan oleh waris prasekolah


Jumaat, 15 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tangan dihulur, maaf dipinta
Erat hubungan sesama kita
Semoga gembira di hari yang mulia ini
Salah dan silap harap dimaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua staf Muslim SKUK.
Maaf Zahir & Batin.


Isnin, 11 Jun 2018

STRATEGI PELAKSANAAN ASAS PENGIRAAN MATA KREDIT

MENGIKUT BILANGAN JAM AKTIVITI DILAKSANAKAN
AKTIVITI
MATA KREDIT
MATA KREDIT MAKSIMUM SETAHUN
BUKTI
P01:
Kursus, Seminar, Konferens, Konvensyen, Kolokium, Bengkel, Forum

15
·        Sijil/ Surat Akuan
·        Penulisan Refleksi
·        Surat Arahan
·        Surat Jemputan
P02:
Wacana Ilmu, Perkongsian Ilmu, Taklimat
1 mata kredit x jumlah jam
15
·        Surat Lantikan
·        Surat Arahan
·        Surat Jemputan
·        Kertas Pembentangan
·        Sijil Penghargaan
P03:
Bimbingan dan Pementoran

10
·        Surat Lantikan
·        Surat Arahan
·        Rekod Sesi Pementoran
·        Laporan Refleksi (Mentor dan Mentee)
P04:
e-Pembelajaran

Contoh: EPSA
1 mata kredit x jumlah jam
15
·        Sijil / Surat Akuan
·        Surat Pengesahan/ Pendaftaran
·        Video dalam Talian
P05:
Pembacaan Buku

Contoh:
PPP Gred DG29 – 54 (Ulasan)
Gred JUSA (Ulasan + Pembentangan)
6 mata kredit x
1 pembentangan / 1 ulasan
20
·        Perakuan Ketua Jabatan
·        Sijil / Surat

Rujukan: Surat Siaran
KP(PP)0022/252 Jld.2 (7) bertarikh 15 April 2015
P06:
Lawatan Penandaaras
1 mata kredit x jumlah jam sesi lawatan
10
·        Surat Arahan/ Lantikan/ Sijil
·        Laporan
P07:
Peningkatan Akademik
Mata kredit diberikan mengikut tahap akademik secara one-off pada tahun penganugerahan
·       Sijil Lanjutan/ Profesional = 4
·       Diploma Lanjutan dan setara = 8
·       Ijazah Sarjana Muda = 12
·       Ijazah Sarjana = 16
·       PHD = 20
·        Sijil/ Diploma/ Ijazah
P08:
Program Sangkutan di Luar dan Dalam KPM

Contoh: Program Sandaran KPM di PADU
5 mata kredit x 1 program
10
·        Surat Tawaran/ Arahan
·        Laporan Program
P09:
Sumbangan lain berbentuk profesional dan bukan profesional

Contoh:
Panel Temuduga / Ahli Task Force
5 mata kredit x 1 program
10
·        Surat Jemputan
·        Surat Lantikan/ Arahan
·        Sijil Penghargaan
·        Pengesahan Ketua Jabatan
P10:
Professional Learning Communities (PLC)

(Amalan kolaboratif kumpulan pendidik dalam usaha mencapai matlamat)
5 mata kredit x setiap amalan terbaik yang dihasilkan
20
·        Jadual Pelaksanaan yang telah disahkan
·        Laporan dan Dokumentasi
P11:
Inovasi

Contoh: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
20 mata kredit x satu inovasi yang dijalankan dengan lengkap serta diiktiraf
20
·        Surat Lantikan
·        Sijil/ Penghargaan
P12:
Penyelidikan
10 mata kredit x setiap penyelidikan yang lengkap
**kecuali tugas hakiki menjalankan penyelidikan
20
·        Laporan Penyelidikan
·        Surat
P13:
Penulisan dan Pengkaryaan
(kreatif)
·      Buku yang telah diterbitkan dalam tahun semasa = 20 mata kredit
·       Artikel/ Jurnal/ Bab yang diterbitkan = 10 mata kredit
·       Buletin yang diterbitkan = 10 mata kredit
·       Modul yang lengkap = 10 mata kredit
·       Pengkaryaan Seni Kreatif = 10 mata kredit
20
·        Buku
·        Artikel/ Jurnal/ Bab
·        Buletin
·        Modul
·        Sijil/ Surat
·        Hasil Karya Kreatif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...